Menu
Pangkalan_data_Oracle Struktur fizikal dan logikSesebuah sistem pangkalan data Oracle—dicam dengan pengecam sistem atau SID (system identifier) abjad-angka[4]—terdiri daripada sekurang-kurangnya satu tika aplikasi serta storan data. Proses-proses biasa termasuklah PMON (pemantau proses) dan SMON (pemantau sistem).
Data disimpan secara logik dalam bentuk ruang jadual manakala dalam bentuk fail data secara fizikal. Ruang jadual boleh diisi dengan pelbagai jenis segmen ingatan, contohnya Segmen Data, Segmen Indeks, dan sebagainya. Segmen pula terdiri daripada satu atau lebih extent, yakni kelompok-kelompok blok data bersempadan. Blok-blok data membentuk unit asas bagi storan data.
DBA boleh meletakkan quota maksimum pada sesuatu storan mengikut pengguna pada setiap ruang jadual.[5]
Kebanyakan pemasangan datang dengan skema lalai bernama SCOTT
. Selepas proses pemasangan membuat jadual-jadual contoh, pengguna boleh melog masuk ke pangkalan data menggunakan nama pengguna scott
dan kata laluan tiger
. Nama skema SCOTT
datang daripada nama Bruce Scott, salah seorang pekerja terawal Oracle (pada ketika itu Software Development Laboratories), yang mempunyai seekor kucing bernama Tiger.[6]
Oracle RDBMS selalunya bergantung kepada sekelompok proses yang berjalan serentak di latar sambil berinteraksi dengan pemantau dan mempercepat operasi-operasi pangkalan data. Persekitaran pengendalian yang biasa mungkin melibatkan – sementara mahupun kekal – beberapa proses berdikari berikut (disertakan dengan tatanama singkatannya):[7]
Istilah Pangkalan data Oracle membezakan istilah sains komputer berbeza dalam menggambarkan bagaimana pengguna akhir berinteraksi dengan pangkalan data:
Setiap sesi dalam sesebuah tika memiliki pengenal pasti sesi yakni ID sesi (session ID) atau "SID"[25][26] (tidak sama dengan pengenal pasti sistem Oracle, SID), dan mungkin turuk memiliki SPID (pengenal pasti proses sistem pengendalian) berkait.[27]
Menu
Pangkalan_data_Oracle Struktur fizikal dan logikBerkaitan
Pangkat akademik di Malaysia Pangkat ninja Naruto Pangkat dalam jujutsu Brazil Pangkalan TUDM Gong Kedak Pangkat tentera Pangkalan data Oracle Pangkalan Udara Kuantan Pangkalan data biologi Pangkalan Tentera Laut Teluk Guantanamo Pangkat-pangkat Angkatan Bersenjata SingapuraRujukan
WikiPedia: Pangkalan_data_Oracle http://www.lextrait.com/Vincent/implementations.ht... http://oracle.com/database http://docs.oracle.com/cd/E11882_01/server.112/e25... http://docs.oracle.com/cd/E11882_01/server.112/e40... http://download.oracle.com/docs/cd/B19306_01/serve... http://download.oracle.com/docs/cd/B28359_01/insta... http://download.oracle.com/docs/cd/B28359_01/serve... http://download.oracle.com/docs/cd/B28359_01/serve... http://www.oracle.com/technetwork/licenses/standar... http://www.oracle.com/technology/software/products...